(UNTUK PENGGUNA)

  1. PENGENALAN
    1. Portal ini dibawa kepada anda oleh CanLaw Asia Sdn Bhd (No. Syarikat 1210605-D) (“CanLaw Syariah“” atau “kami“)). Sebarang rujukan kepada “anda“, “pengguna” dalam Terma ini bermaksud anda atau sesiapa yang mengakses dan/atau menggunakan Portal dan/atau Servis bagi pihak anda. Adalah dimaklumkan bahawa Terma ini tidak merangkumi peguam syarie kerana penggunaan mereka adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Penggunaan (Untuk Peguam Syarie).
    2. Terma-terma penggunaan ini (untuk pengguna) (“Terma“) mengawal penggunaan laman web CanLaw Syariah, aplikasi telefon bimbit atau sebarang servis Internet (termasuk sebarang perisian berkaitan dengannya yang dibekal oleh CanLaw Syariah) (keseluruhannya, “Portal“) dan produk dan servis CanLaw Syariah (keseluruhannya, “Servis“), sama ada sebagai pengguna tetamu atau pengguna berdaftar.
    3. Sila baca dan fahami Terma ini kerana ia terpakai kepada akses dan/atau penggunaan anda dengan Portal dan/atau Servis, dan sebarang maklumat, dokumen, petikan, grafik, gambar dan/atau bahan lain yang dimuat naik, dimuat turun atau muncul pada Portal dan/atau Servis.
    4. Dengan mengakses, melayar, muat turn dan/atau penggunaan Portal dan/atau Servis, anda setuju untuk diikat oleh Terma ini serta dokumen yang dirujuk kepadanya, yang diubah dari semasa ke semasa. Jika anda tidak setuju dengan atau terima sebarang Terma ini, anda perlu menghentikan akses dan/atau penggunaan Portal dan/atau Servis dengan segera.
    5. Kami boleh menggubah atau mengemaskini Terma ini pada bila-bila masa dengan mempamerkan Terma terbaru pada Portal dan/atau membuat pengumuman di Portal. Jika kami berasa, dalam budi bicara kami bahawa perubahan kepada Terma akan menjejaskan hak anda, kami akan memberitahu anda (contohnya, dengan menghantar mesej kepada alamat e-mel anda). Akses dan/atau penggunaan Portal dan/atau Servis berterusan anda selepas perubahan telah dipamerkan, menandakan persetujuan anda dengan Terma yang diubah.
    6. Jika anda mempunyai sebarang soalan, aduan atau menghadapi sebarang masalah dalam pengaksesan dan/atau penggunaan Portal dan/atau Servis, sila hubungi kami di [email protected].
  2. TENTANG PORTAL DAN SERVIS
    1. CanLaw Syariah merupakan sebuah syarikat Internet dan teknologi:CanLaw Syariah ialah sebuah syarikat Internet dan teknologi yang menyediakan portal pencarian peguam syarie dalam talian untuk membolehkan pengguna mencari peguam syarie dan/atau servis perundangan. Kami memudahkan sambungan, interaksi dan hubungan antara pengguna dan peguam syarie.
    2. Tiada hubungan di antara peguam syarie-klien:Penggunaan, penghubungan dengan atau pertanyaan soalan kepada peguam syarie melalui Portal dan/atau Servis tidak membentuk hubungan peguam syarie-klien. Anda faham bahawa soalan dan jawapan atau pos lain kepada Portal dan/atau Servis adalah tidak sulit dan tidak tertakluk kepada perlindungan keistimewaan peguam syarie-klien. Anda hanya boleh membentuk hubungan peguam syarie-klien dengan peguam syarie pilihan anda apabila anda menandatangani dan menerima surat pelantikan peguam syarie atau mana-mana kontrak sedemikian, yang dilakukan di luar Portal. CanLaw Syariah tidak akan menjadi pihak kepada mana-mana kontrak antara anda dengan peguam syarie pilihan anda.
    3. Portal neutral dan bebas:CanLaw Syariah ialah sebuah portal neutral dan bebas yang tidak mengambil minat dalam aksi sebenar servis perundangan.
    4. Tiada sokongan atau cadangan: CanLaw Syariah tidak membuat sebarang sokongan atau cadangan tentang mana-mana peguam syarie untuk mana-mana servis perundangan yang spesifik. CanLaw Syariah tidak menyokong kandungan atau sahsiah tentang sebarang balasan, penyataan atau perjanjian yang dibuat oleh peguam syarie di dalam Portal dan di luar Portal.
    5. CanLaw Syariah bukan sebuah syarikat guaman: CanLaw Syariah bukan sebuah syarikat guaman dan ia tidak memberi nasihat perundangan atau memberi servis perundangan atau perwakilan. Peguam-peguam syarie di Portal ini bukan pekerja, agen, wakil atau perunding bagi pihak CanLaw Syariah. Oleh itu, CanLaw Syariah tidak boleh menjamin ketepatan, kualiti atau kesempurnaan mana-mana nasihat, maklumat atau bantuan yang diberikan oleh peguam-peguam syarie.
    6. Bukan servis rujukan dan tiada perkongsian keuntungan: CanLaw Syariah bukan sebuah servis rujukan peguam syarie. CanLaw Syariah tidak berkongsi keuntungan atau membahagikan yuran guaman dengan peguam syarie. Anda bertanggungjawab untuk membayar yuran guaman kepada peguam syarie untuk servis yang diberikan oleh peguam syarie itu.
    7. Tiada jaminan untuk ketersediaan peguam syarie: CanLaw Syariah tidak menjamin ketersediaan dan tidak mempunyai kawalan atas peguam syarie pada bila-bila masa. CanLaw Syariah tidak akan bertanggungjawab keatas pembatalan atau temujanji yang tidak dipenuhi.
    8. Tiada representasi atau jaminan: Walaupun CanLaw Syariah mungkin, pada masa pendaftaran peguam syarie, mengambil langkah untuk mengesahkan bahawa peguam syarie mempunyai sijil amalan guaman yang sah untuk memberikan servis perundangan, namun CanLaw Syariah tidak boleh mengesan atau memantau secara berterusan setiap peguam syarie yang didaftar pada Portal ini. Oleh itu, CanLaw Syariah tidak membuat sebarang reprensentasi, jaminan atau waranti (tersurat atau tersirat) kepada status terkini, keupayaan undang-undang, kecekapan, kepakaran, kelayakan profesional atau kualiti kerja yang diberikan oleh mana-mana peguam syarie, syarikat guaman atau pembekal servis perundangan yang didaftar pada Portal. CanLaw Syariah tidak akan bertanggungjawab untuk tindakan atau kecuaian mana-mana peguam syarie yang bekerja untuk pengguna. Anda bertanggungjawab untuk memeriksa kelayakan peguam syarie dengan jabatan kerajaan yang relevan dan menilai kepakaran, kelayakan dan tahap pengalaman peguam syarie tersebut.
  3. PENDAFTARAN
    1. Umur 18 ke atas: Untuk mendaftar dengan kami dan/atau guna Portal dan/atau Servis, anda mestilah seorang individu yang berumur 18 ke atas, atau jika anda menggunakan Servis bagi pihak sebuah entiti, anda mewakili bahawa anda telah diberi kuasa untuk memasuki dan mengikat entiti tersebut kepada kontrak ini.
    2. Pemprosesan data peribadi anda: Kami memproses maklumat tentang anda mengikut Polisi Privasi kami. Dengan mengakses dan/atau mengguna Portal dan/atau Servis, anda bersetuju kepada pemprosesan dan menjamin bahawa segala maklumat yang dihantar kepada kami, sama ada dengan Portal atau sebaliknya, adalah betul, tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dengan peninggalan atau sebaliknya dan anda akan mengekalkan dan mengemaskini maklumat ini seperti yang diperlukan untuk memastikan ia terkini, tepat dan lengkap. Sekiranya terdapat perubahan kepada maklumat yang diberikan, anda perlu memaklumkan kami dengan segera untuk memastikan kami boleh berkomunikasi dengan anda secara efektif.
  4. KATA LALUAN DAN SEKURITI
    1. Membuka akaun: Apabila anda mendaftar untuk menggunakan Portal, anda akan diminta untuk membina kata laluan anda dan memberikan alamat e-mel dan maklumat tentang anda untuk membuka akaun. Anda adalah bertanggungjawab untuk semua aktiviti yang berlaku di bawah akaun anda, walaupun anda bukan individu yang melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut. Ini merangkumi mana-mana akses dan/atau penggunaan akaun anda tanpa izin. Untuk mengelakkan penipuan, anda perlu menyimpan kata laluan anda secara rahsia dan tidak mendedahkan atau berkongsi dengan sesiapa. Jika anda tahu atau mengesyaki bahawa orang lain tahu tentang kata laluan anda, anda perlu memberitahu kami dengan segera.
    2. Ancaman sekuriti: Jika kami mempunyai sebab-sebab untuk mempercayai bahawa terdapat ancaman sekuriti atau penyalahgunaan Portal dan/atau Servis, kami mungkin akan meminta anda untuk menukar kata laluan anda atau kami akan menggantung akaun anda sementara menunggu siasatan. Anda membebaskan kami daripada sebarang tuntutan dan tindakan yang diakibatkan oleh penggunaan tidak sah akaun anda.
  5. PENGHANTARAN MAKLUMAT KEPADA PORTAL
    1. Tiada jaminan kerahsiaan: CanLaw Syariah bercuba untuk memastikan kerahsiaan maklumat yang dihantar oleh anda dan disimpan pada Portal. Namun, oleh sebab kami tidak boleh mengawal tingkah laku orang lain, kami tidak boleh menjamin bahawa maklumat ini akan kekal rahsia dan selamat. Sila berhati-hati apabila membuat keputusan tentang maklumat yang dikongsi atau didedahkan semasa mengakses dan/atau mengguna Portal dan/atau Servis. Jangan membuat sebarang pengakuan. Elakkan memberi kami sebarang maklumat yang terlalu peribadi, sensitif atau menyalahkan. Anda tidak seharusnya memberikan kami sebarang idea, cadangan pengiklanan atau pemasaran, prototaip atau sebarang maklumat yang anda anggap sebagai sulit, sensitif secara komersial atau berharga (maklumat yang tidak diingini). Walaupun kami menghargai maklum balas anda, anda bersetuju tidak menghantar sebarang maklumat yang tidak diingini.
    2. Penggunaan maklumat yang tidak diingini: Kami mungkin akan menggunakan maklumat yang tidak diingini sebagai mana yang kita anggap sesuai secara percuma (sila ingati bahawa kami tidak tahu bahawa maklumat tersebut adalah sulit, sensitif secara komersial atau bernilai kerana kami tidak memantau Portal untuk memeriksa perkara tersebut). Oleh itu, kami tidak mempunyai tanggungjawab di sisi undang-undang untuk menyimpan sebarang maklumat sulit yang tidak diingini atau mempunyai tanggungjawab di sisi undang-undang kepada anda atau sesiapa untuk sebarang maklumat yang tidak diingini.
    3. Hak penapisan dan pemantauan: Walaupun CanLaw Syariah tidak memantau sebarang komunikasi antara pengguna dengan peguam syarie secara aktif, CanLaw Syariah mempunyai hak untuk menapis dan memantau jawapan pengguna ke soalan dan mesej antara pengguna dan peguam syarie untuk tujuan jaminan kualiti. Komunikasi tersebut tidak akan dipaparkan secara umum atau didedahkan secara sengaja wkepada umum atau mana-mana pengguna/peguam syarie.
    4. Persetujuan pengguna: Dengan penggunaan Servis, pengguna bersetuju bahawa peguam syarie yang dihubung melalui Servis boleh dilaporkan kepada CanLaw Syariah sama ada servis mereka diggunakan serta jumlah yuran perundangan yang dibayar.
  6. MAKLUMAT ANDA
    1. Maklumat: Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab untuk sebarang soalan, cadangan, ulasan, penarafan, penyiaran, idea, maklum balas, konsep, komentari, dokumen dan sebarang komunikasi yang dibuat oleh anda pada Portal dan/atau Servis. (diketahui sebagai Maklumat).
    2. Tiada Maklumat yang mengelirukan: Anda tidak akan menggunakan alamat e-mel yang palsu atau tindakan selakunya untuk mengelirukan CanLaw Syariah, peguam syarie, pihak berkuasa yang sesuai atau pihak ketiga lain daripada kebenaran, ketepatan dan pengasalan Maklumat.
    3. Liabiliti anda: Anda mungkin akan mendedahkan diri kepada liabiliti jika, sebagai contohnya, Maklumat anda mengandungi maklumat yang palsu, mengelirukan secara sengaja atau memfitnah; melanggar hak pihak ketiga, termasuk sebarang hak cipta, cap dagangan, paten, rahsia perdagangan, hak moral, hak privasi, hak publisiti atau sebarang harta intelek atau hak proprietari; mengandungi maklumat yang menyalahi undang-undang, termasuk ucapan kebencian haram atau pornografi; mengeksploitasi atau sebaliknya membahayakan anak di bawah umur, atau melanggar sebarang undang-undang atau peraturan.
    4. Maklumat yang betul dan tepat: Anda bersetuju untuk hanya memberi Maklumat yang benar dan tepat. CanLaw Syariah tidak mempunyai obligasi untuk memastikan ketepatan Maklumat anda sebelum ia muncul pada Portal.
    5. Pemantauan Maklumat: CanLaw Syariah memegang haknya untuk memantau dan memoderasikan semua Maklumat yang dibuat oleh anda melalui Portal untuk memastikan pematuhan dengan Terma dan untuk memindahkan, edit atau mengeluarkan, mengikut pertimbangan mutlaknya, sebarang Maklumat yang melanggar Terma atau mana-mana garis panduan kandungan, atau sebaliknya tidak diterima.
    6. Penarafan atau ulasan: Penarafan atau ulasan mencerminkan penilaian pengguna terhadap peguam syarie, berdasarkan pengalaman yang diterimanya oleh servis peguam syarie. Penarafan dan ulasan bukan pengesahan atau jaminan kualiti, kecekapan dan kebolehan peguam syarie, atau peramal hasil perkara peguam syarie yang dilibatkan. Anda tidak patut bergantung pada penarafan atau ulasan semata-mata dalam membuat keputusan sama ada untuk menghubungi atau melibatkan sebarang peguam syarie.
  7. PEMILIKAN, PENGGUNAAN DAN HAK HARTA INTELEK
    1. Pemilikan Hak IP: Portal ini dan harta intelek dalam Portal termasuk sebarang kandungan yang dimiliki oleh kami, pemberi lesen kami atau kedua-dua (seperti yang berkenaan). Hak harta intelek bermaksud hak seperti: pemilikan, cap dagangan, nama domain, hak reka bentuk, paten dan hak harta intelek lain sama ada mereka berdaftar atau tidak berdaftar (di mana-mana dunia). Kami dengan pemberi lesen kami menrizab harta intelek yang berkenaan dengan Terma ini. Hal ini bermaksud, sebagai contohnya, bahawa kami dan mereka mengekalkan sebagai pemilik mereka dan bebas untuk menggunakan seperti yang kita dan mereka lihat.
    2. Lesen terhad hak IP: Terma ini tidak memberikan anda hak undang-undang selain daripada yang diperlukan untuk memberikan anda akses kepada Portal. Anda boleh mendapatkan dan memaparkan kandungan Portal pada skrin computer, skrin telefon bimbit, skrin tablet (atau bersamaan), memuat turun atau membuat salinan cetak tentang kandungan itu untuk penggunaan diri anda, selagi anda memastikan keadaan baik sehala pemilikan dan notis proprietari. Anda dilarang untuk menukar, menyalin atau mengedar, memaparkan secara umum atau menggunakannya untuk tujuan komersial sebarang kandungan Portal tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada CanLaw Syariah dan menanggung ganti rugi secara tidak sengaja jika anda berbuat sedemikan.
    3. Cap dagangan: CanLaw Syariah ialah cap dagangan kami. Cap dagangan dan tanda nama lain juga boleh digunakan pada Portal. Terma ini tidak mengizinkan anda hak untuk mengguna sebarang perjenamaan atau logo yang digunakan oleh Servis kami tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada CanLaw Syariah. Sila jangan mengeluarkan, mengkaburkan atau mengubah sebarang notis perundangan yang dipaparkan dalam atau bersama Servis kami.
    4. Kandungan pihak ketiga: Mungkin terdapat kandungan pihak ketiga pada Portal, seperti profil peguam syarie, pos blog dan pautan kepada laman web lain (seperti laman web syarikat guaman peguam syarie atau portal media sosial lain). Kami mungkin akan menyemak kandungan pihak ketiga untuk memastikan sama ada ia haram dan melanggar Terma, dan kami akan mengeluarkan atau menolak untuk memaparkan kandungan yang kami berasa dengan sewajarnya melanggari Terma ini atau undang-undang. Namun begitu, oleh sebab kami tidak memantau kandungan pihak ketiga secara rutin, kami tidak bertanggungjawab untuk kandungan pihak ketiga dan kami tidak menjamin ketepatan, kecukupan atau kualiti kandungan pihak bertiga ini.
  8. Maklumat: Dengan menghantar maklumat anda kepada Portal, anda bersetuju bahawa:
    1. Maklumat anda tidak mengandungi maklumat peribadi atau proprietari pihak ketiga;
    2. Kami tidak ada kewajipan tanggungjawab terhadap keperibadian, tersurat atau tersirat, berkenaan dengan maklumat;
    3. Kami mungkin mempunyai maklumat serupa di bawah pertimbangan atau dalam pengembangan; dan
    4. Anda memberikan kami lesen yang tidak boleh dibatalkan, tidak ekslusif, bebas daripada royalti, kekal, digunakan di seluruh dunia, boleh dipindah milik dan disub-lesenkan untuk mengguna, mengubah, menyesuaikan, menyediakan kerja terbitan, menerbitkan, memaparkan secara umum, mengedar, menyalin dan mensub-lesenkan Maklumat, secara lengkap atau sebahagian, dalam bentuk asal atau seperti yang diedit atau diubah oleh Canlaw Syariah, dalam semua media yang diketahui sekarang atau yang berkembang selepas ini, dalam semua bahasa dan bentuk, untuk tujuan komersial atau tidak komersial, dan anda tidak boleh mengenepikan atau untuk menyebabkan ia diketepikan terhadap CanLaw Syariah sebarang tuntutan atau pernyataan hak moral yang terdapat dalam Maklumat.
  9. Pelanggaran hak ciptaCanLaw Syariah menghormati hak harta intelek dan mengharapkan pengguna kami dan peguam syarie untuk membuat sedemikian. Kami akan membalas notis tentang pelanggaran hak cipta didakwa dan menyimpan hak untuk menghentikan atau menggantung akaun pengguna atau peguam syarie. Jika anda percaya bahawa sebarang maklumat di Portal melanggar sebarang hak cipta yang anda memiliki atau mengawal, anda boleh mengfail notis pengambilan turun hak cipta dengan CanLaw Syariah.
  10. HAK CANLAW SYARIAH UNTUK MENGGANTUNG ATAU MENGHENTIKAN AKAUN ANDA ATAU OPERASI PORTAL DAN/ATAU SERVIS
    1. Menggantung atau menghentikan akaun anda: Kami mungkin akan menggantung atau menghentikan akaun anda dengan segera mengikut pertimbangan yang munasabah kami dan tanpa liabiliti kepada kami jika anda:
      1. melanggar sebarang peruntukan di bawah Terma;
      2. melanggar sebarang undang-undang atau peraturan; atau
      3. disyaki terlibat dalam aktivit penipuan, kesat atau haram pada Portal.
    2. Notifikasi: Kami akan mengambil langkah sewajarnya untuk memberitahu anda melalui alamat e-mel yang diberikan oleh anda kepada kami tentang penggantungan atau pemberhentian, atau memberitahu anda tentang percubaan anda untuk mengakses akaun anda.
    3. Tidak menjejaskan hak berkanun: Penggantungan dan pemberhentian akaun anda dan hak anda untuk mengguna Portal tidak akan menjejaskan hak berkanun sebarang pihak atau liabiliti dan ia tidak akan disifatkan atau disiarkan sebagai penepian hak kami untuk mengambil tindakan terhadap anda untuk sebarang kerugian dan kerosakan yang diakibatkan oleh pelanggaran Terma.
    4. Hak untuk menggantung atau memberhentikan Portal: Kami mempunyai hak untuk menggantung atau memberhentikan operasi Portal atau menyekat akses kepada Portal secara sementara atau kekal pada bila-bila masa tanpa liabiliti kepada kami dan/atau tanpa notis kepada anda.
  11. PENAFIAN DAN PENGECUALIAN LIABILITI
    1. Portal ini dan maklumat di portal ini yang disediakan oleh CanLaw Syariah kepada anda adalah pada dasar “sedia ada”.
    2. Walaupun kami berusaha untuk memastikan maklumat dan bahan pada Portal adalah betul, tiada jaminan atau representasi, tersurat atau tersirat, hanya jika ia lengkap, tepat, terkini dan sesuai untuk sesuatu tujuan specifik, boleh dirunding, kualiti satisfaktori, tidak melanggari undang-undang, kami tidak menanggung sebarang liabiliti untuk kesilapan dan peninggalan yang berasal daripada maklumat dan bahan tersebut.
    3. Oleh sebab Portal bergantung pada pembekal servis pihak ketiga, termasuk hos domain laman web dan pembekal pembayaran, kami tidak menjamin bahawa Portal boleh tersedia sepanjang masa dan tanpa gangguan. Walaupun kami berusaha untuk memastikan Portal berfungsi 24 jam setiap hari, kami tidak akan menanggung rugi untuk sebarang sebab Portal menjadi tidak berfungsi pada mana-mana masa atau mana-mana tempoh. Kami tidak membuat jaminan atau representasi bahawa akses anda kepada Portal akan berfungsi tanpa gangguan, boleh diakses, menepati masa dan tanpa keralatan. Oleh sebab sifat Internet, hal ini tidak boleh dijamin. Selanjutnya, sekali-kala kami mungkin akan menjalankan kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan atau memperkenalkan kemudahan dan fungsi baru.
    4. Sejauh yang dibenarkan oleh undang-undang, CanLaw Syariah atau mana-mana syarikat bersekutu, kontraktor bebas, pembekal servis dan perunding, atau mana-mana pengarah, pekerja dan agen masing-masing tidak akan menjadi bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan atau kerosakan apa jua jenis dan apa jua cara ia tertimbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian, liabiliti ketat atau cara lain, termasuk dan tidak terhad kepada kerosakan secara langsung atau tidak langsung, khas, bersampingan, terbangkit atau punitive, atau kehilangan keuntungan, data, penggunaan, muhibah atau simpanan yang berpunca daripada atau berkait dengan:
      1. akses anda atau penggunaan atau ketidakupayaan untuk akses atau penggunaan Portal (atau mana-mana bahagiannya);
      2. pergantungan kepada maklumat yang dikandungi di Portal;
      3. pergantungan kepada Portal dan alat yang dibekalkan oleh Portal;
      4. hasil sebarang perkara perundangan;
      5. sebarang tingkah laku, kandungan atau ulasan (termasuk dan tidak terhad kepada tingkah laku, kandungan atau ulasan memfitnah, haram atau menyakitkan hati) pihak ketiga yang berkaitan dengan Portal dan/atau Servis; atau
      6. sebarang jenis kegagalan teknikal, perkakasan atau perisian, pengganguan, kesilapan, peninggalan, kelambatan operasi, virus komputer, atau sebaliknya,
      7. walaupun jika CanLaw Syariah telah dinasihat tentang kemungkinan kerosakan atau kerugian.
    5. Tidak bertanggungjawab terhadap peguam syarie: Oleh sebab CanLaw Syariah bukan parti berkontrak kepada mana-mana kontrak, pengurusan atau transaksi yang dibuat oleh anda dengan peguam syarie, CanLaw Syariah tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan atau kerugian yang anda akan menanggung akibat sebarang urusan antara anda dengan peguam syarie (termasuk dan tidak terhad kepada tingkah laku, kecuaian atau peninggalan peguam syarie). CanLaw Syariah tidak menjamin bahawa hasil yang diperolehi daripada penggunaan Servis akan menjadi efektif, boleh dipercayai atau tepat atau akan menepati keperluan anda. Kami tidak bertanggungjawab untuk ketepatan, kebolehpercayaan, ketepatan masa atau kelengkapan maklumat yang diberikan oleh peguam syarie atau mana-mana data atau maklumat yang diberikan atau diterima melalui Portal dan/atau Servis.
    6. Kami tidak menjamin bahawa Portal akan serasi dengan segala perkakasan dan perisian yang anda mungkin guna. Kami tidak akan menanggung kerugian untuk kerosakan kepada, atau virus dan kod lain yang mungkin akan menjejaskan, sebarang peralatan komputer atau telefon bimbit, perisian, data atau harta lain akibat akses atau penggunaan Portal anda.
    7. Klausa pengecualian ini akan berkuat kuasa setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan masih akan digunakan terhadap anda selepas anda menghentikan akses dan/atau penggunaan Portal dan/atau Servis.
  12. HAD KEPADA LIABILITISetakat yang dibenarkan oleh undang-undang, atau dalam acara bahawa mana-mana limitasi atau pengecualian liabiliti dalam Terma ini tidak boleh dikuatkuasakan, liabiliti keseluruhan CanLaw Syariah, dan syarikat bersekutunya, kontraktor bebas, pembekal servis dan perunding, untuk sebarang tuntutan yang timbul berkaitan dengan cara pengaksesan dan/atau penggunaan (atau ketidakupayaan untuk akses dan/atau penggunaan) Portal dan/atau Servis, terhad kepada RM100.
  13. PAMPASAN
    1. Anda bersetuju untuk membela, menanggung rugi dan tidak memegang CanLaw Syariah, syarikat bersekutunya, kontraktor bebas, pembekal servis dan perunding, dan pengarah, pekerja dan agen masing-masing, salah daripada dan terhadap segala dan semua liabiliti, kerosakan, tuntutan, aksi, kos dan yuran (termasuk pembayaran perundangan), yang mungkin akan ditanggung oleh CanLaw Syariah akibat berkaitan dengan:
      1. Maklumat yang anda hantar, pos, menyiarkan atau disediakan pada Portal;
      2. pelanggaran anda terhadap mana-mana Terma atau undang-undang atau regulasi;
      3. penggunaan atau penyalahgunaan anda kepada Portal
      4. pelanggaran terhadap hak mana-mana pihak bertiga dan/atau yang berkaitan.
    2. Jika anda mempunyai pertikaian dengan peguam syarie, anda akan menyelesaikan pertikaian terus dengan peguam syarie dan akan melepaskan CanLaw Syariah daripada sebarang dan semua liabiliti, kerosakan, tuntutan, aksi, kos dan yuran (termasuk pembayaran perundangan) yang timbul atau berkaitan dengan pertikaian. Anda digalakkan untuk memberitahu CanLaw Syariah tentang pertikaian untuk tujuan maklumat dan pengawalan kualiti.
    3. Kami mempunyai hak, pada tanggungan anda, untuk menganggap pertahanan eksklusif dan pengawalan untuk sebarang perkara yang anda perlu mempampas kami dan anda setuju untuk bekerjasama dengan pertahanan kami tentang tuntutan tersebut. Anda setuju untuk tidak menyelesaikan masalah ini tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada CanLaw Syariah. Kami akan mengguna usaha munasabah untuk memberitahu anda tentang sebarang tuntutan, aksi atau prosiding selepas tersedar tentangnya.
  14. HIPERPAUTAN DAN LAMAN PIHAK KETIGAPortal ini mungkin akan mengandungi hiperpautan atau rujukan kepada laman web pihak ketiga selain daripada Portal. Segala hiperpautan dan laman pihak ketiga dibekalkan untuk kemudahan anda. Kami tidak mempunyai kawalan kepada laman web pihak ketiga dan tidak menerima tanggungjawab perundangan untuk segala kandungan, bahan atau maklumat yang terkandung dalamnya. Paparan sebarang hiperpautan atau rujukan kepada sebarang laman web pihak ketiga tidak bermaksud kami menyokong laman web, produk atau servis pihak ketiga. Penggunaan anda terhadap laman web pihak ketiga mungkin akan dikawal oleh terma dan syarat laman web pihak ketiga tersebut. Selanjutnya, CanLaw Syariah tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, untuk sebarang kerosakan dan kerugian akibat atau didakwa akibat oleh atau dengan pengkaitan anda dengan penggunaan kandungan, maklumat, produk atau servis yang disedia melalui atau terus dengan laman web yang dipautkan.
  15. PENGIKLANAN DAN PENAJAAN PIHAK KETIGAKami mungkin akan membenarkan pihak pengiklanan dan penajaan pihak ketiga untuk meletakkan iklan dan tajaan pada Portal atau mana-mana bahagian lain. Iklan dan tajaan tersebut akan dikenal pasti dengan jelas berasal daripada pihak ketiga. Dengan penggunaan Portal dan/atau Servis, anda setuju untuk menerima bahan pengiklanan dan pemasaran. Kami tidak menyokong, atau menjadi bertanggungjawab untuk, kandungan iklan dan tajaan atau untuk akses, penggunaan, pergantungan, jualan, pembelian atau aktiviti lain daripada anda yang berkaitan dengan kandungan atau perkara dasar terhadap iklan dan tajaan.
  16. HAK SIASATANKami mempunyai hak dalam pertimbangan kami untuk menyiasat aduan, pelanggaran benar, berpotensi atau didakwa Terma atau persetujuan lain yang berkaitan dengan kami dan dengan sebarang pelanggaran benar, berpotensi atau didakwa undang-undang, tetapi kami tidak mempunyai obligasi untuk membuat sedemikian. Berkaitan dengan siasatan, kami mungkin akan mengambil langkah yang bersesuaian termasuk tanpa terhad kepada, melaporkan sebarang aktiviti kepada pihak penguatkuasa, pengawal selia atau pihak ketiga lain, dan mendedahkan sebarang maklumat yang diperlukan atau bersesuaian kepada orang berkaitan dengan profil, alamat e-mel, penggunaan sejarah, bahan yang diposkan, alamat IP dan maklumat lintasan anda.
  17. PERATURAN
    1. Anda bersetuju dan mengiktiraf bahawa anda akan mematuhi peraturan tersebut:
      1. akses dan/atau penggunaan Portal dan/atau Servis anda pada risiko sendiri;
      2. sebarang kandungan pada Portal dibekal untuk maklumat umum dan tujuan penjadualan anda dan hanya untuk memberitahu anda tentang kami dan produk, servis, berita, ciri-ciri, bahan pembelajaran dan laman web lain yang mungkin akan menarik minat anda. Bahaan tersebut tidak merangkumi nasihat perundangan dan tidak patut bergantung untuk sebarang tujuan;
      3. CanLaw Syariah tidak menganggap sebarang nasihat, fidusiari atau tugas lain yang serupa atau bertugas sebagai penasihat perundangan kepada anda;
      4. anda tidak akan menghantar maklumat palsu atau mengelirukan;
      5. anda tidak akan menghantar maklumat sulit anda seperti nama, alamat e-mel, telefon nombor, nombor kredit kad, kata laluan, sebagainya; dan
      6. anda tidak akan menggunakan Portal untuk sebarang sebab selain daripada untuk berhubungi dengan peguam syarie untuk tujuan mencari servis perundangan. Segala tawaran perniagaan kepada peguam syarie di atas Portal adalah dilarang sama sekali.
    2. CanLaw Syariah mempunyai hak untuk menafikan akses selanjutnya dan/atau penggunaan Portal dan/atau Servis kepada sebarang pengguna yang melanggar peraturan tersebut atau merupakan subjek pengaduan daripada pengguna lain atau peguam syarie.
  18. KOMUNIKASI SECARA ELEKTRONIK
    1. Untuk tujuan kontrak, anda setuju:
      1. menerima komunikasi daripada kami secara elektronik melalui alamat e-mel yang anda telah hantar atau melalui Servis; dan
      2. bahawa sebarang perjanjian, amalan, notis, pendedahan dan komunikasi lain yang CanLaw Syariah memberikan kepada anda secara elektronik memuaskan keperluan perundangan bahawa komunikasi ini akan memuaskan keperluan sama jika mereka bertulis.
    2. Notis akan diberi 24 jam selepas e-mel dihantar kepada alamat e-mel anda atau notis dipos pada Portal.
  19. PENYELESAIAN PERTIKAIAN DAN PERUNDANGAN BERKAITAN
    1. Terma ini dikawal dan ditafsirkan selari dengan undang-undang Malaysia.
    2. Anda boleh bertulis kepada kami berdasarkan alamat di bawah untuk sebarang komunikasi atau pengaduan kepada kami di:
      Perhatian: CanLaw Syariah
      Email: [email protected]
      Phone: +601110 899 867
    3. Jika pertikaian ini masih belum diselesaikan, parti akan hantar kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia tanpa ekslusif untuk menyelesaikan segala pertikaian yang akan timbul selaras dengan Terma tersebut.
  20. PENGGUNAAN ANTARABANGSAKami tidak membuat janjian bahawa bahan pada Portal ini adalah sesuai atau boleh digunakan untuk lokasi di luar Malaysia, dan akses kepada Portal daripada wilayah di mana kandungan adalah menyalahi undang-undang atau haram adalah dilarang. Jika anda memilih untuk mengakses Portal dari lokasi di luar Malaysia, anda membuat begitu pada inisiatif anda dan bertanggungjawab untuk pematuhan dengan undang-undang tempatan.
  21. LAIN-LAIN
    1. Anda tidak boleh memberikan, memindahkan atau subkontrak sebarang hak anda di bawah Terma ini kepada orang lain tanpa kebenaran bertulis kami terlebih dahulu. Kami boleh memberikan, memindahkan atau subkontrak semua atau mana-mana hak kami di bawah Terma ini pada bila-bila masa tanpa kebenaran anda untuk: (i) syarikat subsidiari atau berkaitan/bersekutu; (ii) pemeroleh ekuiti, perniagaan atau aset kami; atau (iii) pengganti oleh penggabungan.
    2. Tiada usaha sama, perkongsian, pekerjaan atau hubungan agensi wujud antara anda dengan CanLaw Syariah atau anda dengan peguam syarie akibat Terma ini atau penggunaan Portal dan/atau Servis.
    3. Kegagalan kami untuk menguatkuasakan pematuhan ketat Terma ini tidak akan merupakan penepian hak untuk menguatkuasakan peruntukan atau peruntukan lain Terma ini.
    4. Jika sebarang peruntukan Terma ini hendaklah dianggap menyalahi undang-undang, tidak sah, atau untuk apa-apa sebab tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan ini akan dianggap terasing daripada Terma ini dan tidak akan menjejaskan kesahan dan penguatkuasaan peruntukan lain.
    5. Sesetengah Servis mungkin akan ada terma tambahan (seperti amalan, garis panduan dan peraturan) yang akan terus memerintah penggunaan anda terhadap Servis tersebut dan merupakan tambahan kepada Terma ini. Jika anda pilih untuk mendaftar atau mengakses sebarang Servis ini, anda akan diberikan terma tambahan relevan pada masa itu. Dengan menggunakan Servis itu, anda setuju untuk mematuh dengan terma tambahan.
    6. Terma ini (termasuk semua amalan, garis panduan dan notis) merangkumi seluruh perjanjian antara anda dengan CanLaw Syariah dan menggantikan sebarang perjanjian, pengaturan, penyataan dan pemahaman sebelum ini antara CanLaw Syariah dengan anda. Terma ini tidak membuat hak benefisiari pihak ketiga.
    7. Portal ini dimiliki dan dikendalikan oleh CanLaw Asia Sdn Bhd (No. Syarikat 1210605-D) dengan alamat berdaftarnya di 9-G, Jalan PJU 1A/41B, Pusat Dagangan NZX, Ara Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Semakan Terakhir: 1 November 2017