LANGKAH 1: Klik butang “Senaraikan Profil Anda”.

LANGKAH 2: Pilih antara pakej CanLaw Syariah Basic dan CanLaw Syariah Premium, dan klik butang yang sepadan.

LANGKAH 3: Klik butang “Tambah ke troli”.

LANGKAH 4: Klik butang “Lihat troli”.

LANGKAH 5: Pastikan pakej yang berada di troli adalah yang anda pilih. Klik butang “Teruskan ke checkout” untuk memulakan proses pembayaran.

LANGKAH 6: Masukkan alamat e-mel anda di ruangan yang disediakan. Pastikan kotak semak untuk setuju dengan terma dan syarat disemakkan. Klik butang “Teruskan ke PayPal”.

LANGKAH 7: Pilih salah satu kaedah pembayaran: kad kredit/debit ATAU PayPal, dan klik butang yang sepadan.

LANGKAH 8: Klik butang “Log In” untuk bayar menggunakan PayPal. Klik butang “credit or debit card” untuk bayar menggunakan kad kredit/debit.

LANGKAH 9: Untuk pembayaran menggunakan kad kredit/debit, masukkan butir-butir kad anda di halaman ini. Pastikan semua maklumat adalah betul. Klik butang “Continue” untuk teruskan.

LANGKAH 10: Semak semula butir-butir dan jumlah pembayaran. Klik butang “Agree and Pay” untuk melengkapkan pembayaran.

LANGKAH 11: Selepas pembayaran dilengkapkan, anda harus isikan borang seperti yang ditunjukkan berdasarkan pakej yang dipilih, untuk kemas kini profil anda.

LANGKAH 12: Isikan borang yang sepadan dengan butir-butir firma anda. Muat naik gambar-gambar jika memilih pakej premium. Klik butang “Submit” untuk selesaikan penyenaraian profil anda. Profil anda akan dipaparkan pada laman CanLaw Syariah dalam tempoh 2-3 hari selepas borang ini dilengkapkan dan dihantar.